BUAH MELAKA
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 - 2 keping gula melaka
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
*1 1/2 cawan air atau secukupnya
*4 helai daun pandan
Kisar dan tapis bahan *
Cara-cara:
1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
2. Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
3. Bancuh dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
4. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
5. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Selamat Mencuba
Credit : E-na lovely kitchen
TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Resepi makanan tradisional masyarakat melayu yang mudah, ringkas dan sedap
Monday, October 12, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik Lagi
-
Pulut Sekaya atau Serimuka memang banyak resepinya kalau google. Taip ja 'resepi pulut sekaya' berduyun-duyun search result yang kel...
-
Punyala susah nak cari resepi ketayap. Semuanya macam susah. Bayangkan balik kerja dapat makan ketayap panas-panas sambil minum petang...fuh...
-
BUAH MELAKA Bahan-bahan 3 cawan tepung pulut 3 sudu besar tepung gandum 1 - 2 keping gula melaka 1 cawan kelapa muda parut sedikit ga...
No comments:
Post a Comment