Monday, October 12, 2015

Kuih Ketayap

Punyala susah nak cari resepi ketayap. Semuanya macam susah. Bayangkan balik kerja dapat makan ketayap panas-panas sambil minum petang...fuhhh...Resepi yang saya sediakan di bawah ni memang mudah dan ringkas untuk dicuba dan sesuai untuk orang yang bekerja macam saya yang nakkan semua benda yang senang. Bayangkan dalam masa tak sampai setengah jam siap semua! WOW Mudah kan?

KUIH KETAYAP

Bahan-bahan A (Kulit Ketayap Gebu)
1 Cawan Tepung Gandum
1 Biji Telur
1/2 Cawan Pati Santan / Susu Segar / Susu Cair (Saya guna susu HL untuk kurangkan sama berlemak)
1 Cawan Air
2 Sudu Besar Minyak Masak
Sedikit Daun Pandan
Sedikit Pewarna Hijau
Sedikit Garam

Bahan-bahan B (Inti)
1 Mangkuk Kelapa (Anggaran dalam 3 genggam)
1 Cawan Air
3 Sudu Besar Gula Melaka
1/2 Sudu Besar Gula Putih (Gula Biasa - Kalau taknak manis tak perlu tambah)
Daun Pandan Disimpul

Cara-Cara
1. Untuk membuat inti, masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak sampai kering air. Jangan lupa kacau sesekali untuk elakkan hangus dan berkerak
2. Masukkan tepung gandum, telur, santan, air, daun pandan dan garam kemudian kacau dengan kitchen whisker. Masukkan semua bahan ke dalam blender / mixer kemudian tambah minyak
3. Kisar sampai halus dan tapis
4. Panaskan nonstick pan dan tuang satu senduk bahan yang dikisar di atas pan. Golekkan pan hingga bancuhan yang dituang ke atas pan menjadi lebar dan nipis.
5. Masak dengan api yang kecil hingga permukaan menjadi kering
6. Angkat kulit yang dah siap dimasak dan masukkan inti. Gulung seperti gulungan popia dan siap




Selamat Mencuba

Buah Melaka atau Onde-onde

BUAH MELAKA

Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 - 2 keping gula melaka
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
*1 1/2 cawan air atau secukupnya
*4 helai daun pandan
Kisar dan tapis bahan *

Cara-cara:
1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
2. Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
3. Bancuh dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
4. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
5. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Selamat Mencuba

Credit : E-na lovely kitchen

TIPS

Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.

Menarik Lagi